PANDUAN & PROTOKOL

Maklumat lengkap berkaitan bayaran, pendaftaran, pengambilan jubah dan protokol majlis konvokesyen.

01BAYARAN YURAN GRADUASIYuran graduasi RM300, tunggakan dan kaedah pembayaran.

Sebelum membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen, graduan hendaklah memastikan semua yuran pengajian, yuran asrama serta sebarang denda tertunggak (jika berkenaan) telah dijelaskan sepenuhnya.

Yuran graduasi yang dikenakan adalah sebanyak RM 300 dan wajib dibayar oleh setiap graduan yang layak menghadiri Majlis Konvokesyen. Bayaran yuran graduasi adalah wajib tanpa mengira sama ada graduan hadir atau tidak hadir ke Majlis Konvokesyen.

Pembayaran yuran graduasi hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 16 Oktober 2026 sama ada secara tunai atau melalui perbankan dalam talian (online banking) ke akaun berikut:

Nama Akaun: PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK

Nama Bank & Nombor Akaun: RHB BANK: 2-1125-46000-3041

02PENDAFTARAN GRADUAN DI SISTEM E-KONVO & PENGESAHAN KEHADIRANEmpat perkara yang perlu dilengkapkan melalui sistem e-Konvo.

Setiap graduan hendaklah melengkapkan perkara-perkara berikut melalui Sistem e-Konvo di https://convocation.sarawakskills.edu.my/

i) Melengkapkan Borang Pengesanan Graduan dan Pendaftaran Alumni;
ii) Menyemak status tunggakan yuran (jika ada);
iii) Menjelaskan bayaran yuran graduasi sebanyak RM 300 ; dan
iv) Mencetak atau menyimpan slip pendaftaran konvokesyen sebagai bukti pendaftaran untuk dikemukakan semasa pengambilan jubah.

03PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYENBarangan yang diterima semasa mengambil jubah dan syarat pemulangan.

Semasa pengambilan jubah, setiap graduan akan menerima perkara-perkara berikut:

i) Jubah konvokesyen;
ii) Mortar-board (bagi graduan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) sahaja);
iii) Kad Jemputan Ibu Bapa/Penjaga (satu (1) kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu); dan
iv) Cenderamata Alumni.

Jubah konvokesyen dan mortar-board hendaklah dipulangkan sebaik sahaja Majlis Konvokesyen berakhir. Graduan yang ingin meminjam jubah selepas majlis hendaklah mematuhi kadar bayaran dan syarat yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual perincian pemulangan jubah serta caj yang akan dikenakan sekiranya berlaku kelewatan pemulangan.

04PROTOKOL DAN PAKAIAN PARA GRADUAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYENTatatertib graduan, telefon bimbit dan etika pakaian rasmi.

Graduan hendaklah sentiasa menjaga tatatertib dan tidak dibenarkan membuat bising atau meninggalkan dewan sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung, kecuali dengan kebenaran urus setia.

Telefon bimbit hendaklah ditetapkan kepada mod senyap (silent mode) sepanjang majlis berlangsung.

Majlis Konvokesyen merupakan upacara rasmi institusi. Oleh itu, semua graduan hendaklah mematuhi etika dan panduan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjaga kehormatan majlis serta memelihara imej institusi.

05PROTOKOL MASUK DEWAN MAJLIS KONVOKESYEN UNTUK IBU BAPA GRADUANEtika tetamu, had umur kanak-kanak dan peraturan di dalam dewan.

Ibu bapa / penjaga hendaklah berpakaian formal atau batik yang kemas, sopan dan bersesuaian dengan majlis.

Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan Majlis Konvokesyen.

Aktiviti mengambil gambar dan/atau merakam video di dalam dewan adalah tidak dibenarkan sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung.

Ibu bapa/penjaga hendaklah menjaga ketenteraman serta menghormati majlis sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung. Telefon bimbit hendaklah ditetapkan kepada mod senyap (silent mode).

Ibu bapa/penjaga juga diminta untuk tidak kerap keluar masuk dewan sepanjang majlis berlangsung bagi mengelakkan gangguan terhadap kelancaran perjalanan Majlis Konvokesyen

06KAD JEMPUTAN IBUBAPA/PENJAGA (TETAMU GRADUAN)Kelayakan dua orang tetamu dan ketetapan kad jemputan.

Setiap graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen akan diberikan satu (1) kad jemputan yang melayakkan kemasukan dua (2) orang tetamu sahaja ke dalam dewan Majlis Konvokesyen.

Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan. Sebarang kad jemputan yang hilang tidak akan diganti.

Kad jemputan ibu bapa/penjaga akan diserahkan kepada graduan semasa sesi pengambilan jubah.

07GAMBAR GRADUANUrusan fotografi rasmi serta pengambilan gambar konvokesyen.

Jurufoto profesional yang dilantik oleh Urus Setia Konvokesyen akan mengambil gambar setiap graduan semasa menerima sijil/diploma di pentas konvokesyen.

Salinan gambar konvokesyen akan diuruskan oleh pihak jurufoto yang dilantik dan dituntut sendiri oleh graduan sewaktu pemulangan jubah.

Protokol dan pakaian para graduan

  • Graduan hendaklah sentiasa menjaga tatatertib dan tidak dibenarkan membuat bising atau meninggalkan dewan sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung, kecuali dengan kebenaran urus setia.
  • Telefon bimbit hendaklah ditetapkan kepada mod senyap (silent mode) sepanjang majlis berlangsung.
  • Majlis Konvokesyen merupakan upacara rasmi institusi. Oleh itu, semua graduan hendaklah mematuhi etika dan panduan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjaga kehormatan majlis serta memelihara imej institusi.

Protokol IBU BAPA GRADUAN

  • Ibu bapa / penjaga hendaklah berpakaian formal atau batik yang kemas, sopan dan bersesuaian dengan majlis.
  • Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan Majlis Konvokesyen.
  • Aktiviti mengambil gambar dan/atau merakam video di dalam dewan adalah tidak dibenarkan sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung.
  • Ibu bapa/penjaga hendaklah menjaga ketenteraman serta menghormati majlis sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung. Telefon bimbit hendaklah ditetapkan kepada mod senyap (silent mode).
  • Ibu bapa/penjaga juga diminta untuk tidak kerap keluar masuk dewan sepanjang majlis berlangsung bagi mengelakkan gangguan terhadap kelancaran perjalanan Majlis Konvokesyen

KAD JEMPUTAN IBUBAPA/PENJAGA

  • Setiap graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen akan diberikan satu (1) kad jemputan yang melayakkan kemasukan dua (2) orang tetamu sahaja ke dalam dewan Majlis Konvokesyen.
  • Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan. Sebarang kad jemputan yang hilang tidak akan diganti.
  • Kad jemputan ibu bapa/penjaga akan diserahkan kepada graduan semasa sesi pengambilan jubah.

ETIKA PAKAIAN GRADUAN & TETAMU

ETIKA PAKAIAN GRADUAN

Panduan pakaian rasmi bagi graduan lelaki dan perempuan semasa Majlis Konvokesyen.

GRADUAN LELAKI

Ilustrasi etika pakaian graduan lelaki semasa majlis konvokesyen
  • Kemeja lengan panjang dan berkolar.
  • Seluar slack berwarna gelap.
  • Memakai stokin dan kasut berwarna hitam atau gelap.

GRADUAN PEREMPUAN

Ilustrasi etika pakaian graduan perempuan semasa majlis konvokesyen
  • Pakaian atau skirt labuh hingga ke buku lali.
  • Seluar panjang berwarna gelap.
  • Baju atau blaus berlengan panjang serta menutup bahagian leher.
  • Warna pakaian bebas.
  • Kasut berwarna gelap serta bertutup di bahagian hadapan dan belakang.

ETIKA PAKAIAN IBU BAPA & PENJAGA

Pakaian yang kemas, sopan dan bersesuaian dengan majlis rasmi konvokesyen.

TETAMU LELAKI

Ilustrasi etika pakaian tetamu lelaki semasa majlis konvokesyen
  • Pakaian kebangsaan, lounge suit atau batik.
  • Berpakaian kemas dan sopan.

TETAMU PEREMPUAN

Ilustrasi etika pakaian tetamu perempuan semasa majlis konvokesyen
  • Pakaian kebangsaan.
  • Berpakaian kemas dan sopan.