Sebelum membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen, graduan hendaklah memastikan semua yuran pengajian, yuran asrama serta sebarang denda tertunggak (jika berkenaan) telah dijelaskan sepenuhnya.
Yuran graduasi yang dikenakan adalah sebanyak RM 300 dan wajib dibayar oleh setiap graduan yang layak menghadiri Majlis Konvokesyen. Bayaran yuran graduasi adalah wajib tanpa mengira sama ada graduan hadir atau tidak hadir ke Majlis Konvokesyen.
Pembayaran yuran graduasi hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 16 Oktober 2026 sama ada secara tunai atau melalui perbankan dalam talian (online banking) ke akaun berikut:
Nama Akaun: PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK
Nama Bank & Nombor Akaun: RHB BANK: 2-1125-46000-3041