ALUMNI GET TOGETHER 2026
Pengesahan Kehadiran
Lengkapkan empat langkah di sistem CeRA sebelum atau pada 30 Oktober 2026.
Semakan Maklumat Pelajar
Log masuk ke sistem Convocation eRSVP App (CeRA) di pautan berikut:
Gunakan butang ‘Log Masuk CeRA’ di bawah.
Pastikan ketiga-tiga status iaitu:
- Pendaftaran Alumni
- Yuran Pengajian
- Yuran Graduasi
telah bertanda ✅ dan bertulis ‘Selesai’.
Status Pengesahan Kehadiran
Pelajar yang mempunyai semua tanda ✅ hendaklah mengesahkan kehadiran ke Alumni Get Together 2026 sebelum atau pada 30 Oktober 2026.
Klik pada butang ‘Sahkan Kehadiran Alumni Get Together’ untuk meneruskan proses.
Pengesahan Kehadiran Alumni Get Together
Paparan BPK Alumni Get Together akan muncul di skrin.
Pelajar perlu memilih status kehadiran sama ada ‘Hadir’ atau ‘Tidak Hadir’.
Satu skrin pop-up akan dipaparkan dan klik ‘Ya, saya hadir’ untuk mengesahkan kehadiran atau ‘Batal’ sekiranya anda ingin menetapkan semula pilihan.
e-Ticket Alumni Get Together
Selepas pengesahan dibuat, e-Ticket rasmi akan dipaparkan di skrin dengan nama pelajar tersebut.
Pada hari majlis, pelajar hanya perlu log masuk semula ke sistem CeRA, klik butang ‘e-Ticket Alumni Get Together 2026’ dan tunjukkan terus daripada paparan sistem di kaunter pendaftaran.
⚠ Nota Penting: e-Ticket adalah peribadi dan tidak boleh dikongsi dengan pelajar/orang lain.